Penyakit resdung adalah satu penyakit yang dihidapi oleh ramai orang di Malaysia. Bersin, hidung berair, hidung tersumbat, rasa demam, serta sakit kepala adalah antara simptom resdung. Penyakit resdung dikatakan makin menjadi-jadi jika kita makan makanan laut, ikan masin, belacan, budu mahupun cincalok.Jika dibiarkan melarat, pesakit akan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian hidung dan dahi, hidung juga boleh menjadi berbau. Ada mengaitkan resdung dengan sejenis ulat yang boleh membiak dalam hidung (Penulis tidak pasti kebenaran dakwaan ini). Penyakit ini terjadi kerana sistem pertahanan badan yang kurang kuat. Pengambilan Vitamin C dan Vitamin A adalah digalakkan.
Petua Menghilangkan Resdung
* Campurkan parutan 5cm halia dan sebiji kentang yang kecil dengan 1 camca besar tepung atta. Sapu di bahaian atas hidung dan dahi selama sejam, dua kali sehari. Lakukan selama seminggu, kemungkinan hidung akan mengeluarkan kepingan berwarna kehitaman. Insyaalah pesakit akan sembuh terus dari penyakit ini.
* Sapukan parutan horseradish atas hidung dan dahi 2 kali sehari sehingga sembuh. horseradish boleh dibeli dipasaraya atau pasar, berupa batang panjang seperti akar/tongkat yang dibalut dengan kertas plastik.
* Amalkan meminum 2 camca besar cuka bercampur 1 camca besar madu bersama 1 gelas air suam 2 kali sehari. Insyaalah anda akan merasa kelegaanya 20 minit selepas meminumnya.
* Ambil 1 camca besar jus aloe vera 2 kali sehari