Suhu badan normal adalah 37 darjah Celcius atau 98.6 darjah Fahrenheit . Jika suhu melebihi dari yang disebutkan anda mungkin terkena demam panas. Dan jika suhu menunjukkan lebih dari 101 darjah Fahrenheit, anda perlu berjaga-jaga kerana suhu yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan anda meracau dan kerosakan berkekalan pada otak. cepat dapatkan pertolongan doktor. Demam sebenarnya adalah cara badan untuk mengawal jangkitan kuman secara semulajadi . Makan paracetamol hanyalah membantu badan menurunkan suhu, sementara menunggu badan menjadi kuat semula untuk melawan jangkitan kuman . Kadang-kadang antibiotik diperlukan , jika badan tidak lagi berdaya melawan jangkitan kuman. Kalau demam tidak kebah selepas dua hari, cepat dapatkan rawatan doktor, kerana dikhuatiri penyakit denggi.
Petua Menurunkan Suhu Badan Dengan Cepat
* Menyapu badan dengan ramasan air daun bunga raya dan aloe vera (baru sahaja cuba dan dengan izin Allah, suami yang suhunya panas, 103 darjah Fahrenheit, turun SERTA MERTA)
* Menyapu badan dengan ramasan air asam jawa
* Minum air rebusan akar lalang
* Menyapu tapak kaki dengan puteh telur dan pakai stokin
* Minum air rebusan halba