Sunday, 14 August 2011

Jerawat

Walaupun ia bukannya sejenis penyakit, kehadirannya dimuka cukup menyebabkan rasa tidak sedap hati. Jika dibiarkan jerawat yang banyak, sudah tentu penampilan anda akan terjejas, keyakinan diri akan pudar.

Jerawat terjadi bila peluh, kotoran serta sebum/minyak bercampur dan menghalang  laluan liang peluh. Selain dari kotoran, sel kulit yang mati jika tidak ditanggalkan boleh menyebabkan liang tersebut tersumbat. Jadi cara rutin penjagaan  mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan agar tiada minyak berlebihan dikeluarkan adalah penting.

Petua Menjaga Kebersihan Muka

* Muka hendaklah dicuci dua kali sehari sewaktu bangun dari tidur dan sebelum anda masuk tidur. Jangan harap untuk mencuci berlebihan dapat mengurangkan minyak yang keluar. Cuci yang berlebihan akan mengeringkan muka anda, manakala jika anda menggosok terlalu kuat, lebih minyak akan teransang untuk keluar.


* Gunakanlah pencuci yang lembut terhadap kulit anda. Menggosok secara putaran lembut menggunakan bantuan kain tuala yang diperbuat dari kapas selama 1-2 minit, dapat membuang segala kekotoran terutamanya sel mati serta membantu pembentukan kolagen. Bilas dengan air suam yang banyak. Kemudian akhir sekali sapukan cuka yang telah dilarutkan dalam air sebagai toner.

* Jika ada jerawat yang BARU hendak muncul, sapukan bawang putih/cuka ke atasnya beberapa kali sehingga ia kecut. Ini akan meninggalkan parut SEMENTARA. Jangan risau kerana parut ini akan hilang tidak berapa lama kemudian jika rutin pembersihan muka di atas diamalkan.

* Jika ingin gunakan pembersih yang dibuat sendiri, keringkan kulit limau. Tumbuk hingga halus dan campurkan dengan serbuk kacang hijau, gosokkan dimuka dua kali sehari bersama air. Tidak perlu guna sabun

* Mencuci muka dengan parutan kentang juga dapat menghalang pembentukan jerawat

* Kurangkan makan berminyak dan tinggi karbohidrat (tepung, gula)