Wednesday, 16 November 2011

Keputihan


Keputihan/yeast Infection adalah sejenis penyakit disebabkan oleh jangkitan kulat. Ia berlaku kerana sistem immunisasi tubuh yang tidak kuat untuk melawan jangkitan kulat. Keputihan dapat dikesan dengan melihat simptomnya berupa lelehan puteh yang keluar dari kemaluan berupa putih kekuningan serta kadangkala kuning kehijauan. Ada juga keadaan ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan serta diiringi rasa kegatalan jika jangkitan itu serius.

Petua Menghilangkan Penyakit Keputihan 

* Cuci bahagian sulit dengan larutan cuka (cuka di campur ait)

* Cuci dengan larutan soda bikarbonat dilarutkan dalam air

* Cuci dengan larutan garam

* Sapu dengan madu di tempat  tersebut

* Amalkan makan yogurt/probiotics/ makanan yang diperam. Sapu yogurt di kawasan berkenaan.

* Amalkan makan cekur/kunyit setiap hari. Petua di atas hanya berkesan untuk sementara. Jila ingin membasmi terus kulat yang menyebabkan jangkitan, tingkatkan daya ketahanan tubuh.




Wednesday, 26 October 2011



Wednesday, 14 September 2011


Kanser / Cancer / Barah

Penyakit kanser adalah sejenis penyakit yang berlaku bila sekumpulan sel menjalani pembahagian dan pembesaran secara luar kawalan, memasuki dan memusnahkan sel berdekatan dan adakalanya merebak ke lain tempat ( metastasis / mestatasize ) melalui darah atau sistem lymph. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kanser antara lain adalah keturunan, makanan, alam sekitar, pendedahan kepada bahan kimia / radiasi serta lain-lain.

Air mandi yang mengandungi klorin merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kanser terutamanya jika kita menggunakan air suam atau rendam dalam tab mandi. Menggunakan penapis air adalah satu alternatif yang baik.

Gula adalah salah satu pembunuh yang menyebabkan kanser. Sel kanser perlukan gula untuk membiak manakala fruktos / fructose digunakan oleh sel tersebut untuk metasasis. Jadi elakkan gula termasuk buah-buahan yang manis. Jika anda sihat, memakan buah-buahan manis adalah bagus untuk kesihatan, tapi jika anda sudah menunjukkan menghidapi kanser, jauhilah bua-buahan manis.

Kegunaan minyak untuk masakan juga amat penting untuk anda ambil perhatian .Mengikut kajian sains, hanya minyak dari buah kelapa dan minyak sapi sahaja tidak akan menjejaskan hati Kedua-duanya adalah dari minyak tepu, jadi tidak akan bertindakbalas dengan radikal bebas, kerana ia telah stabil.

Produk berasaskan gandum serta pengambilan kalsium tambahan juga adalah juga merbahaya kepada pesakit kanser. Pastikan anda menjauhinya.


Makanan Yang Perlu Pesakit Elakkkan

* Produk berasaskan gandum

* Buah-buahan manis

* Gula dan gula tiruan

* Minuman bergas

* Gunakan minyak masak yang baik kualitinya seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Makanan bergoreng perlu dielakkan

*  Jangan ambil kalsium tambahan

* Jangan makan dalam kuantiti yang banyak dalam sesuatu masa.  Ambil makan mala selewat-lewatnya pukul 8.00 malam

Kaedah Cepat Membunuh Sel Kanser


* Minum perahan 1 kg karot setiap hari sehingga sembuh. Walaupun nanti muka akan kekuningan, jangan takut teruskan meminum

* Mengambil vitamin C dalam bentuk asid askorbate dicampur bikarbonat soda.

* Mengambil Lysine

* Minum teh hijau

* Makan buah durian belanda - kuasa anti-kansernya melebihi kuasa kemotrapi

* Makan Buah Peria

* Mengambil alpha lipoic acid, selenium dan milk thistle dapat membantu hati menjalankan tugas dengan baik. Bahan-bahan ini boleh didapati dari farmasi anda.

* Minum perahan daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass yang boleh didapati di sesetengah nurseri pokok.  Masukkan air dalam blender, masukkan perahan limau nipis dan 30 helai daun belalai gajah. Minum 3 kali sehari. Ramai pesakit yang kronik, nampak kesan penyembuhan dalam masa tidak sampai seminggu!

* Vitamin B17 juga boleh membantu badan melawan sel kanser. Makan biji aprikot mentah/kalau boleh atau yang telah diproses setiap hari.



Petua Mencegah Kanser

Terdapat beberapa jenis makanan jika diambil selalu dapat mengurangkan kemungkinan terkena kanser sekaligus mengubatinya.

* Karot

* Delima

* Minyak zaitun

* Aloe vera

* kunyit

* madu

* Halia

* Cuka epal / nipah

Wednesday, 14 September 2011

Selulit / Cellulite

Selulit adalah salah satu musuh utama kaum wanita kerana dianggarkan 80% daripada kaum wanita mempunyainya.. Jika anda berseorangan dalam bilik, periksa kulit paha/ponggong/lengan anda. Jika terdapat bonggol-bonggol yang menggerutu serta berbentuk kulit oren bila dipicit, kemungkinan besarnya anda mempunyai lapisan lebihan lemak yang terperangkap bersama lebihan air dan toksik di bawah lapisan kulit. Jangan biarkan kerana jika semakin lama rupanya akan menjadi semakin teruk dan semakin susah untuk dihapuskan.


Selulit terbentuk melalui amalan pemakanan yang tidak sihat, kurangnya senaman serta tubuh tidak dapat menyingkirkan toksik dengan baik. Jadi disamping mengamalkan petua untuk menghilangkan selulit, jagalah makanan anda, lakukan 30 minit senaman setiap hari dan elakkan terjadinya himpunan toksik dalam badan (pencemaran , makanan segera serta stress adalah antara puncanya)


Petua Menghilangkan Selulit


1. Gunakan berus yang bersesuaian, gosok paha anda secara bentuk putaran kecil. Pastikan anda meminum air yang banyak sebelum melakukannya. Serbuk kopi dicampur baking soda serta garam epsom (dapatkan di farmasi), sapukan pada bahagian yang ada selulit, ikat dengan kain atau plastik sehingga anda berpeluh dengan banyaknya.

2. Jika anda mempunyai trampolin di rumah, lakukan lompatan dia atas nya selama 10 - 30 minit setiap hari mengikut ketahanan. Selulit dan berat badan anda akan bekurangan dengan cepat.

3. Rendamkan badan anda dalam tub mandi yang dicampurkan cuka, selama 30 minit gosokkan badan anda . Selepas membilas badan anda, sapukan minyak kelapa pada bahagian selulit.

Minum perahan pegaga setiap hari. Hampanya di gosok pada selulit.

4. Minum air suam yang direndam jintan manis dengan banyaknya. Balut paha anda menggunakan seaweed dan plastik. Toksik akan keluar melalui peluh. Sapukan minyak omega 3 (banyak minyak masakan dicampur omega 3 sekarang ini)





Tuesday, 13 September 2011

Buasir / Hemorrhoids / Hemorrhage / Piles

Buasir adalah sejenis penyakit yang berlaku pada bahagian dubur rententan daripada penyakit sembelit yang berpanjangan. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas salur yang membengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat sakit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.



Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalaman saluran dubur manakala jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.



Dianggarkan sebanyak hampir separuh daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering dialami di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.


Simptom Penyakit Buasir

1. Dubur akan membengkak dan sedikit terkeluar dari lubang dubur, 


2. Rasa gatal pada lubang dubur


3. Rasa kepanasan dan berdenyut-denyut pada kawasan dubur selepas membuang air besar


4. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.



Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
  1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
     
  2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
     
  3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
     
  4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Memakan yogurt/probiotik atau psillium husk boleh membantu penghadaman anda. Dalam nasi yang dimakan setiap hari elok jika ditambah segenggam oat ketika memasaknya. Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.



Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.




Petua Melegakan Buasir


1. Makan telur itik yang digoreng bersama biji sawi. (Pada masa sama elakkan memakan telur ayam, daging ayam, daging untuk sementara waktu). Busir dikatakan akan hilang dalam tempoh 2-3 hari.


2. Minum jus atau gel dari aloe vera / lidah buaya, seelok-eloknya yang segar dan dibuang kulit hijau terlebih dahulu. Sapukan sedikit gel tersebut pada bahagian yang sakit.


3. Minum 1 camca besar minyak kelapa dara, 3 kali sehari. Sapukan juga sedikit minyak ke bahagian yang sakit, inyaalah akan mengecutkan buasir.


4. Minum 2 camca besar cuka epal 3 kali sehari . Letakkan sedikit cuka pada kapas dan letakkan pada bahagian yang sakit. Buasir akan mengecut selepas 20 minit! Jadikan minum cuka epal yang beserta ibunya/mother yang boleh didapati di farmasi setiap hari.


5. Makan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk hancur, 2 kali sehari, Pastikan bawang itu terdedah selama sekurang-kurang 15 minit diudara, sebelum memakannya bersama makanan lain. Jika anda mengambil ubat untuk cairkan darah, anda dilarang mengambil bawang putih kerana ia akan membahayakan. Bawang putih juga boleh disapukan sedikit pada bahagian yang sakit (kena tahan sedikit pedih pada mulanya).


6. Jika rasa sakit untuk membuang air besar, gunakan bangku setinggi 6 inci untuk lapik kaki anda. Anda akan dapati najis mudah keluar dengan cara ini.


7. Makan 3 biji lada hitam waktu perut kosong, pagi dan petang, insyaalah akan menyelamatkan anda dari perlu dibedah kerana buasir akan mengecut dalam masa 4 hari.


* Kesemua petua di atas kelihatan menggunakan bahan-bahan yang mudah yang ada di dalam dapur anda. Jangan mudah rasa tidak yakin, jika dilakukan anda akan dapati insyaalah penyakit buasir anda akan hilang dalam tempoh 1 - 4 hari. Jika rasa was-was, lakukan perkara di atas disamping mencuba perubatan hospital.






Wednesday, 17 August 2011

Gout


Gout adalah sejenis penyakit dimana sendi membengkak yang kebiasaannya menyerang kaum lelaki. Namun wanita yang sudah menopause juga tidak ketinggalan menghidapinya. Penyakit ini dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat. Pesakit disarankan tidak mengambil lebihan protein ketika penyakit ini menyerang samada berupa makan laut mahupun kekacang.

Petua Menyembuhkan Penyakit Gout

* 1/2 sudu soda bikarbonat dicampur 1 gelas air - meredakan gout dengan segera

* Sapu campuran madu dan kulit kayu manis serbuk ke atas bahagian sakit - boleh meredakan dengan segera. Jadikan amalan memakan madu dan kulit kayu manis.

* Merendam kaki dalam air suam yang bercampur parutan halia, boleh segera melegakan kesakitan

* Amalkan memakan apple hijau sebelum makan

* Cuka apple diambil 2 camca besar 3 kali sehari - boleh melegakan dengan segera

* 5-6 biji pisang ketika penyakit ini menyerang boleh mengurangkannya

* Jus 1  biji limau nipis diminum 3 kali sehari

* Serbuk karbon (activated carbon – boleh diapati di farmasi) di campur air untuk dibuat pes, ditampal  pada bahagian yang sakit


 

Tuesday, 16 August 2011

Rambut Gugur / Botak

Rambut kita tumbuh dan gugur setiap hari sebagai satu kitaran hidup. Namun begitu, adakalanya rambut yang gugur secara berlebihan dari normal menyebabkan rambut menjadi sedikit sehingga boleh berakhir sebagai botak. Ini berlaku kerana faktor keturunan, kekurangan zat makanan, reaksi kepada pengambilan ubat yang tidak sesuai atau berlebihan, sedang menjalani rawatan perubatan, stress, tindak balas kepada pencemaran atau jangkitan kulat/kelemumur. Kenalpasti faktor yang menyebabkan keguguran rambut berlebihan, dan ambil tindakan yang sewajar disamping mengamalkan petua di bawah.

Petua Untuk Menyuburkan semula Rambut

* Untuk menggalakkan rabut gugur makan makanan yang kaya dengan vitamin A, B, C dan E seperti karot, kacang soya, kekacang, sayuran hijau dan beras perang.

* Tumbuk badam sehingga hancur, sapu dan biarkan atas kepala. Perubahan akan anda lihat dalam masa 2 minggu insyaalah.

* Sapukan minya zaitun/minyak kelapa yang telah dimasak terlebih dahulu denga daun kari, halba, sedikit bawang puteh, jintan manis dan kulit limau kering. Gosok dan perap atas kepala disamping mengurut kulit kepala.

* Parutan karot yang dibirkan atas kepala, akan mengurangkan keguguran rambut dan meransang penbuhan rambut baru.

* Sapuan aloe vera, daun bunga raya, daun bunga cina boleh juga menyuburkan rambut.

* Bagi rambut yang berkelemumur kerana jangkitan kulat, titikkan sedikit tea tree oil atas aloe vera/ lidah buaya, sapu dan biarkan atas kepala.

* Bagi yang keguguran rambut kerana enapan kalsium (dari air paip), bilas rambut anda setiap hari dengan sedikit cuka yang telah dilarutkan dalam satu gayung air.

* Cuba lakukan cara menyikat rambut yang boleh menumbuhkan rambut semula. Tunduk seperti dalam keadaan rukuk, rambut terjurai arah lantai. Sikat rambut dari kulit kepala perlahan-lahan kehujung rambut. Seelok-eloknya gunakan sikat dari tanduk kerbau. Berdiri semula, sikat seperti biasa. Anda akan lihat, rambut yang gugur berkurangan dan rambut tumbuh semula!


 

Sunday, 14 August 2011

Selamat Datang

Semua penyakit datang dari Allah s.w.t dan hanya Allah s.w.t yang boleh menyembuhkan. Namun begitu setiap manusia diminta agar sentiasa berusaha disamping bertawakal pada Allah agar penyakit mereka disembuhkan.  
Tubuh manusia adalah umpama satu makmal kimia yang kompleks. Segala tindak balas biologi, kimia malahan fizik yang berlaku di dalamnya memerlukan keseimbangan antara satu sama lain. Jika keseimbangan tidak dicapai, tubuh mula menunjukkan signal yang dinamakan simptom untuk memberi amaran kepada kita. Dan jika kita gagal mengesan amaran tersebut apatah lagi membetulkan ketidak seimbangan tersebut, amaran yang lebih kuat akan diberi dimana tubuh mula mengalami kesakitan.  Jadi peranan kita adalah penting untuk megekalkan keseimbangan tersebut secara semulajadi. Terdapat juga banyak amalan pemakanan dan perubatan yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w, yang sudah tentu berkesan jika diamalkan sentiasa. Amalan memakan jintan hitam dikatakan dapat menyembuhkan semua penyakit kecuali maut.

Sebagaimana kita ingin sentiasa kekal sihat dan menawan, sebegitulah juga pentingnya kita menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi dalam amalan harian kita. Petua-petua kesihatan yang dikumpulkan ini telah digunakan dan diujipakai oleh jutaan manusia sejak dari dahulukala lagi.  Bertahun lamanya kami membuat rujukan, mengumpulkan dan merekodkan petua-petua kesihatan yang diamalkan oleh manusia sejagat seluruh dunia. Anda akan rasa hairan betapa begitu perihatinnya masyarakat dari negara maju menjaga kesihatan seperti Amerika, United Kingdom, Germany, Perancis, Jepun dan lain-lain negara. Mereka mula memperaktikkan semula petua kesihatan, amalan perubatan orang dahulu kala, samada secara perubatan Yunani, homeopathy, naturopathy , ayurvaeda; digabungjalinkan pula dengan pengetahuan bio kimia sehingga  ada juga yang telah menolak terus perubatan moden yang banyak kesan sampingan.


 

Tekanan Darah Tinggi / High Blood Pressure

Tekanan Darah Tinggi adalah satu penyakit yang menyerang secara perlahan Seseorang dikatakan menghidapi penyakit darah tinggi jika bacaan tekanan darahnya melebihi 120/80. Walau bagaimanapun bagi orang yang melebihi umur 40 tahun jika tekanan darahnya melebihi 140/90, barulah dikira ia mengalami tekanan darah tinggi.


Penyakit ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada lain penyakit seperti angin ahmar / stroke , sakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain. Penyakit ini berpunca dari buah pinggang yang tidak berfungsi baik, stress, cholestrol tinggi, kerap makan makan tinggi kandungan garam dan lain-lain lagi. Cuba petua-petua di bawah bergilir-gilir, insyaalah bacaan tekanan darah anda akan normal kembali tanpa perlukan ubat..


Petua Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi / Hypertension


# Makan 2-3 bawang puteh mentah/bakar 2 kali sehari. Pastikan perut tidak kosong ketika mengambilnya.

# Minum perahan 1 biji limau bersama 1 gelas air.

# Minum 2 camca besar cuka apple bersama 1 gelas air 3 kali sehari

# Ubi kentang yang direbus tanpa membuang kulitnya, cepat menurunkan tekanan darah tinggi

# Pengambilan cukup potassium (banyak didapati dari sayuran hijau) dan kalsium dari susu dapat
   membuang lebihan garam (sodium ) dari badan, seterusnya merendahkan tekanan darah tinggi

# Amalkan memakan lobak puteh

# Amalkan memakan pisang atau biji tembikai


# Campurkan perahan air asam limau ke dalam air kelapa, minum.

# Minum air basuhan beras kali kedua.

# Jika tekanan darah tinggi, lakukan pergerakan ini sementara mendapatkan rawatan doktor. Tutup hidung sebelah kiri dengan menggunakan ibu jari tangan kiri. Tarik nafas dalam-dalam menggunakan  lubang hidung sebelah kanan. Tutup hidung sebelah kanan dengan mengunakan jari telunjuk kiri. Masa ini lubang hidung sebelah kanan tertutup manakala lubang hidung sebelah kiri pula terbuka. Hembuskan nafas melaluinya. Dengan keadaan lubang hidung kanan masih tertutup, tarik nafas panjang-panjang menggunakan lubang hidung sebelah kiri. Buka lubang hidung sebelah kanan (kiri ditutup), hembuskan nafas panjang-panjang. Tarik nafas panjang, dan hembuskan melalu lubang hidung kiri. Ulang sebanyak 20-30 set./kali. Insyaalah, tekanan akan turun kembali kepada normal. Lakukan setiap hari.





Tulang Tumbuh / Bone Spurs / Osteophytes

Penyakit Tulang Tumbuh adalah satu penyakit yang sering dialami oleh orang yang sudah berumur.  Penyakit ini menunjukkan keadaan tulang yang semakin rapuh dan tanda awal osteoporosis. Kalsium yang terenap secara tidak teratur, akan menikam saraf atau bergesel dengan tulang yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan untuk melakukan pergerakan. Penyakit ini kerap menyerang di bahagian sendi, tapak kaki, tulang belakang dan tidak ketinggalan pada bahagian leher.


Petua Menghilangkan Penyakit Tulang Tumbuh

* Jika tulang tumbuh di tapak kaki, dapatkan kasut khas yang ada dijual kedai kasut yang besar. (Harganya sangat mahal!) Kalau tidak mampu dapatkan kasut sukan berkusyen,yang agak berkualiti bagi memperbetulkan kedududukan susunan tulang pada tapak kaki. Ambil masa juga untuk kembali pada kedudukan asal.

* Cuka nipah / cuka epal diminum bersama campuran jus epal dengan jus anggur.

* Menyapu cuka apel / cuka nipah pada bahagian yang sakit

* Makan serbuk kunyit 1 camca teh dan diminum bersama teh hijau.

* Secekak akar pokok semalu. Direndam semalaman untuk buang kotoran. Direbus bersama 18 korma
   cina dan 7cm halia. Rebus selama 2 jam. minum sehingga sembuh.



 

Sakit Sendi /Lutut (arthritis)

Sakit sendi/lutut berlaku kerana tulang rawan yang menyambung dua sendi telah terhakis kerana faktor samada disebabkan faktor pertambahan umur atau terdapat enapan asid urik pada sendi.

Petua Mengurangkan Sakit Sendi/Lutut

# Ubi Kentang (pastikan yang tiada tunas), dibasuh bersih dan dipotong nipis-nipis. Pastikan kulitnya
   TIDAK dikupas. Masukkan kedalam mangkuk yang berisi air dan biar semalaman. Keesokan hari
    minum airnya yang ditapis sewaktu perut kosong.

# 1 camca teh bijan hitam direndam semalaman. Minum dan makan bijan keesokan hari sewaktu perut
   kosong..


# Dapatkan satu potong nenas. Minum jusnya.

# Jika terdapat kesan bengkak pada anggota sendi, goreng tanpa minyak halba. Tumbuk hingga halus,
   campurkan dengan minyak zaitun. Sapu pada bahagian sakit'

# Pergi mandi laut atau berendam dalam kolah yang berisi segenggam garam laut. Iodin dan garam
   akan menyembuhkannya dengan meresap ke dalam kulit terlebih dulu.

# Amalkan meminum 2 camca besar cuka apple

# amalkan memakan kaki ayam yang banyak kolagen semulajadi. Kolagen akan memperbaiki jaringan tisu pada sendi yang terhakis.

# Lakukan senaman setiap hari. Walaupun sakit, tulang rawan yang berkurangan akan perlahan-lahan terbentuk semula jika kita melakukan senaman ringan pada sendi berkenaan. jika kita kurang melakukan pergerakan, rawan yang terhakis tersebut akan terus merosot sehingga tidak boleh diperbaiki lagi.



   

Resdung / Sinus

Penyakit resdung adalah satu penyakit yang dihidapi oleh ramai orang di Malaysia. Bersin,  hidung berair, hidung tersumbat, rasa demam, serta sakit kepala adalah antara simptom resdung. Penyakit resdung dikatakan makin menjadi-jadi jika kita makan makanan laut, ikan masin, belacan, budu mahupun cincalok.Jika dibiarkan melarat, pesakit akan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian hidung dan dahi, hidung juga boleh menjadi berbau. Ada mengaitkan resdung dengan sejenis ulat yang boleh membiak dalam hidung (Penulis tidak pasti kebenaran dakwaan ini). Penyakit ini terjadi kerana sistem pertahanan badan yang kurang kuat. Pengambilan Vitamin C dan Vitamin A adalah digalakkan.


Petua Menghilangkan Resdung


* Campurkan parutan 5cm halia dan sebiji kentang yang kecil dengan 1 camca besar tepung atta. Sapu di bahaian atas hidung dan dahi selama sejam, dua kali sehari. Lakukan selama seminggu, kemungkinan hidung akan mengeluarkan kepingan berwarna kehitaman. Insyaalah pesakit akan sembuh terus dari penyakit ini.

* Sapukan parutan horseradish atas hidung dan dahi 2 kali sehari sehingga sembuh. horseradish boleh dibeli dipasaraya atau pasar, berupa batang panjang seperti akar/tongkat yang dibalut dengan kertas plastik.

* Amalkan meminum 2 camca besar cuka bercampur 1 camca besar madu bersama 1 gelas air suam 2 kali sehari. Insyaalah anda akan merasa kelegaanya 20 minit selepas meminumnya.

* Ambil 1 camca besar jus aloe vera 2 kali sehari




Melecur/Burn

Jika ada sesiapa yang terkena api atau benda panas, terdapat beberapa petua yang perlu diamalkan supaya keaadan tidak menjadi lebih teruk, sementara menunggu bantuan profesional tiba

* meletakkan ais pada kawasan yang terkena panas, supaya kepanasan tidak merebak

* menyapu puteh telur

* menyapu kicap

* menyapu gel dari pokok aloe vera

Kayap

Entah mengapa penyakit kayap selau dikaitkan dengan pantang larang. Orang Melayu selalunya mendapatkan bantuan bomoh untuk mengubatinya. Pengalaman seorang yang dikenali terkena kayap, kena berjumpa bomoh tersebut tiga hari berturut-turut, pengkeras dan bahan  untuk ubatan yang kesemuanya berjumlah lebih dari RM200.00. Walaupun pesakit tersebut sembuh, RM yg berkurang sebanyak 200 dan pantang larang yang cukup banyak (tak boleh menggoreng atau dekat dengan orang menggoreng) menyebabkan rasa tidak berbaloi untuk pergi berubat. Apa kata dapatkan rawatan dari doktor atau cuba petua yg mudah ini Insyaalah kayap akan menjadi kering dalam masa sehari.


* Ambil bola kapas yang dicelup dalam cuka (kalau boleh cuka nipah/epal) letakkan pada kawasan kena kayap dengan berhati-hati . Pesakit kena sabar sebab rasa sakit. Lakukan beberapa kali sehingga kayap menjadi kering. teruskan membuat begitu sehingga kayap benar-benar sembuh.

* Menyapu alkohol / acetone yang digunakan untuk membersihkan perwarna kuku, beberapa kali sehari sehingga kayap kering.

* Menyapu lengir dari lifdah buaya

* Menyapu lendir dari daun bunga cina yang dicampur dengan sedikit bedak sejuk



Karang / Kidney Stone

Penyakit karang terjadi bila terdapat penghabluran garam mineral dalam badan bila kepekatan garam tersebut melebihi dari yang diperlukan. Ia biasanya berlaku dalam buah pinggang, salur kencing atau pundi kencing. Terdapat pelbagai jenis karang; terbentuk biasanya dari mendapan asid urik, kalsium, posfat ataupun asid oksalik. Amalan meminum air kosong yang banyak setiap hari dapat mengurangkan risiko berlakunya sakit ini. Jika anda terkena penyakit karang, cara terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat doktor dulu kerana karang yang terlalu besar saiznya hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan. Walau bagaimana pun, karang bersaiz kecil boleh dihancurkan melaui pemakanan.


Petua menghilangkan Penyakit Karang.


* Perahan 2 camca besar jus asam limau dicampur dengan 1 camca besar minyak zaitun dan (lagi elok jika ditambah 1 camca kecil garam epsom.) minum 3 kali sehari

* Minum perahan 2 biji jus epal hijau setiap 4 jam

* Ambir gula batu yang tabur atas tembikai. Masukkan dalam peti sejuk dan makan sebanyak yang 
   mungkin, insyaalah batu itu akan hancur selepas seminggu

* Minum jus delima bersama cuka nipah

* Makan lobak puteh sebanyak mungkin. Lobak putih boleh juga diparut untuk airnya


Kencing Tidak Lawas / Kencing Kerap / Urinary Tract Infection

Bila bakteria menyerang mana-mana sistem perkumuhan yang melibatkan buah pinggang, saluran kencing atau pundi kencing, kita akan mengalami kencing kerap, sakit/pedih dan kencing agak kotor dan kadangkala berserta darah. Jika jangkitan tersebut merebak pada buah pinggang, pesakit biasanya akan loya, muntah, demam yang dikuti rasa sakit bahagian belakang. Kencing kerap boleh berlaku jika kita selalu menahan kencing menyebabkan pundi menjadi lemah. Jika kencing tidak lawas dan tersekat-sekat, ada kemungkinan batu karang menghalang pergerakan kencin tersebut. Pembengkakan prostat turut juga menyumbang kearah itu.




Petua Menghilangkan Kencing Tidak Lawas / Kerap


* Minum 1 camca teh baking soda bersama 1 gelas air


* Minum jus cranberry sebanyak mungkin (ada dijual di farmasi)


* Minum air yang banyak dan ambil vitamin C dapat menyingkirkan bakteria yang ada


* Minum 2 camca besar cuka nipah bersama 1 gelas besar air 3 kali sehari


* Minum yogurt akan menambah bilangan bakteria baik yang akan melawan bakteria yang mendatangkan penyakit


* Bagi kencing kerap, pundi kencing mungkin agak tegang, kendurkan balik melalui senaman. Baring dihujung katil dimana punggung anda terletak atas bantal dan kaki di bawah katil. Angkat kaki beberapa kali, sama paras dengan ponggong dan jatuhkan semula. Biasanya akan sembuh serta merta!





Jerawat

Walaupun ia bukannya sejenis penyakit, kehadirannya dimuka cukup menyebabkan rasa tidak sedap hati. Jika dibiarkan jerawat yang banyak, sudah tentu penampilan anda akan terjejas, keyakinan diri akan pudar.

Jerawat terjadi bila peluh, kotoran serta sebum/minyak bercampur dan menghalang  laluan liang peluh. Selain dari kotoran, sel kulit yang mati jika tidak ditanggalkan boleh menyebabkan liang tersebut tersumbat. Jadi cara rutin penjagaan  mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan agar tiada minyak berlebihan dikeluarkan adalah penting.

Petua Menjaga Kebersihan Muka

* Muka hendaklah dicuci dua kali sehari sewaktu bangun dari tidur dan sebelum anda masuk tidur. Jangan harap untuk mencuci berlebihan dapat mengurangkan minyak yang keluar. Cuci yang berlebihan akan mengeringkan muka anda, manakala jika anda menggosok terlalu kuat, lebih minyak akan teransang untuk keluar.


* Gunakanlah pencuci yang lembut terhadap kulit anda. Menggosok secara putaran lembut menggunakan bantuan kain tuala yang diperbuat dari kapas selama 1-2 minit, dapat membuang segala kekotoran terutamanya sel mati serta membantu pembentukan kolagen. Bilas dengan air suam yang banyak. Kemudian akhir sekali sapukan cuka yang telah dilarutkan dalam air sebagai toner.

* Jika ada jerawat yang BARU hendak muncul, sapukan bawang putih/cuka ke atasnya beberapa kali sehingga ia kecut. Ini akan meninggalkan parut SEMENTARA. Jangan risau kerana parut ini akan hilang tidak berapa lama kemudian jika rutin pembersihan muka di atas diamalkan.

* Jika ingin gunakan pembersih yang dibuat sendiri, keringkan kulit limau. Tumbuk hingga halus dan campurkan dengan serbuk kacang hijau, gosokkan dimuka dua kali sehari bersama air. Tidak perlu guna sabun

* Mencuci muka dengan parutan kentang juga dapat menghalang pembentukan jerawat

* Kurangkan makan berminyak dan tinggi karbohidrat (tepung, gula)





Eczema

Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi kerana alahan kepada makanan, cuaca, bahan kimia, hama, debunga dan lain-lain lagi. Penyakit ini adalah penyakit disebabkan keturunan dan tidak berjangkit. penyakit eczema akan menyebabkan kegatalan, kulit kering dan bersisik, kulit melecet dan berair atau tompokan merah pada kulit. Setiap orang mempunyai simptom yang tidak sama.


Petua Menghilangkan Penyakit Eczema

* Berpantang makan benda yang boleh menimbulkan eczema seperti ayam, produk tenusu, makanan laut
   kekacang dan  limau.

* Pastikan kulit tidak kering dengan selalu menyapu dengan losyen evening primrose atau minyak zaitun. (Boleh juga diguna kapsul evening primrose yang dipecahkan)

* Selalu mandi dengan dan sental badan dengan oat

* Pastikan anda menggunakan sabun yang tidak mengandungi asid laurel (contoh sebamed, euceryn,
   polytar soap)

* tumbuk biji betik dan campur dengan isinya untuk digunakan menyapu bahagian yang terkena eczema

* Pakailah pakaian berasaskan kapas

* Ada kajian dibarat yang menunjukkan menyapu, pencuci klorox atas eczema selama 15 minit akan mengeringkannya dan membunuh kuman yang berjangkit akibat menggaru. Cuci sehingga bersih sebelum disapu minyak zaitun untuk melembapkan  semula kulit.




Demam Panas

Suhu badan normal adalah 37 darjah Celcius atau 98.6 darjah Fahrenheit . Jika suhu melebihi dari yang disebutkan anda mungkin terkena demam panas. Dan jika suhu menunjukkan lebih dari 101 darjah Fahrenheit, anda perlu berjaga-jaga kerana suhu yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan anda meracau dan kerosakan berkekalan pada otak. cepat dapatkan pertolongan doktor. Demam sebenarnya adalah cara badan untuk mengawal jangkitan kuman secara semulajadi . Makan paracetamol hanyalah membantu badan menurunkan suhu, sementara menunggu badan menjadi kuat semula untuk melawan jangkitan kuman . Kadang-kadang antibiotik diperlukan , jika badan tidak lagi berdaya melawan jangkitan kuman. Kalau demam tidak kebah selepas dua hari, cepat dapatkan rawatan doktor, kerana dikhuatiri penyakit denggi.


Petua Menurunkan Suhu Badan Dengan Cepat

* Menyapu badan dengan ramasan air daun bunga raya dan aloe vera (baru sahaja cuba dan dengan izin Allah, suami yang suhunya panas, 103 darjah Fahrenheit, turun SERTA MERTA)

* Menyapu badan dengan ramasan air asam jawa

* Minum air rebusan akar lalang

* Menyapu tapak kaki dengan puteh telur dan pakai stokin

* Minum air rebusan halba




Kencing Manis



Kencing Manis atau nama lainnya Diabetes Mellitus adalah satu ketidakseimbangan metabolik yang kronik yang menghalang tubuh menggunakan glukos dalam badan samada keseluruhannya atau sebahagiannya.

Penyakit ini dapat dikenalpasti dengan penambahan kepekatan glukos dalam darah. Pankreas menghasilkan hormon insulin dalam badan yang mengawal kepekatan gula dalam darah. Tanpa/kurang insulin, glukos tidak dapat digunakan oleh sel tubuh maka terdapat lambakan glukos dalam darah. yang dijual di pasaran.

Jika anda terkena penyakit kencing manis, jangan rasa sedih atau tertipu dengan banyak ubat2an yang dijual dipasaran. Penyakit Kencing Manis tidak boleh diubati (walau bagai mana pun hanya Allah yang berkuasa). Apa yang boleh kita buat adalah mengawal kepekatan gula dalam darah menjadi seperti orang normal. Jika kepekatan gula dalam darah sentiasa tinggi, kompilasi akan berlaku dalam jangka masa panjang. Jadi sangatlah penting untuk mendapat rawatan dari hospital agar tidak berlaku kompilasi di kemudian hari. Kawalan pemakanan adalah sangat penting. Jangan  makan terlalu banyak setiap kali. Makan lah sedikit tetapi kerap. Anda dinasihatkan agar mendapatkan alat mengesan kandungan gula dalam darah. Hospital kerajaan ada menjualnya dengan harga yang murah.( Mungkin saya silap). Petua di bawah adalah bahan-bahan berasaskan makanan yang boleh mengawal kandungan gula secara semulajadi dan tidak ada kesan sampingan kecuali anda alergi kepada bahan tersebut.

Petua Mengawal Kencing Manis

* Rebus 500g rebung kuning bersama kulit kerang 500g dalam periuk tanahair yang berisi 2 liter air sehingga air tinggal lebih kurang 0.5 liter . Minum rebusan tersebut.( Ada orang sembuh terus dari penyakit kencing manis dengan petua ini!)


* Peria Katak – Gunakan 4 ke 5 jus peria katak diagihkan sepanjang hari sebelum makan

* 25 –40g serbuk halba diminum bersama air suam

* 3 – 4 helai daun mempelam direndam dalam air panas

* 1 camca teh serbuk kulit kayu manis, setiap kali belum makan

* 2 camca besar cuka apple/appe cider vinegar bersama 1 gelas air 3 kali sehari


Denggi

Denggi adalah sejenis penyakit disebabkan oleh jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk aedes. Demam yang kuat, suhu tidak turun tanpa ada simptom batuk atau selsema, menunjukkan anda berkemungkinan terkena jangkitan virus  nyamuk  aedes. Cepat dapatkan rawatan doktor di hospital.


Petua Cepat Menyembuhkan Demam Denggi

* Minum air 100 Plus sebanyak mungkin

* Makan air perahan daun betik

* Makan ketam yang dibuat sup


 


Campak / Measles

Setiap orang dikatakan akan terkena penyakit demam Campak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Demam yang tinggi serta tidak turun suhunya diiringi dengan batuk dan sakit perut, adalah antara simptom demam Campak. Selepas demam reda, bintik-bintik merah yang gatal akan keluar pada kulit. Pastikan cepat mendapatkan rawatan doktor kerana jika demam terlampau tinggi suhunya boleh membahayakan nyawa. Walau bagai mana pun anda boleh mencuba beberapa petua di bawah untuk cepat menyembuhkannya. anda dinasihatkan untuk mengelak daripada terkena titisan hujan.


Petua Cepat Menyembuhkan Campak

* Makan aspirin seperti diarahkan. (Demam dikatakan akan sembuh dalam masa sehari)

* Makan sup ayam. Bintik-bintik akan keluar dengan cepatnya dan cepat sembuh.

* Minum air kelapa adalah amalan orang tua-tua dahulu untuk cepat sembuh

* Menyapu badan dengan air perahan daun mambu. Demam campak akan mengeluarkan bintik-bintik merah yang menggatalkan.

* Minum air limau dengan banyak

* Mandi air rebusan barli, dapat mengurangkan kegatalan.



Asma / Asthma

Penyakit Asma juga dikenali sebagai penyakit Lelah atu Penat. Pesakit yang menghidapinya akan sering tercungap-cungap untuk bernafas kerana salur pernafasan menjadi sempit serta mukus dikeluarkan terlalu banyak oleh paru-paru. Ada banyak faktor yang boleh merangsang kepada penyakit asma seperti allergi, perubahan cuaca, habuk malahan makanan.


Petua Menghilangkan Asma

# Untuk menghilangkan mukus/kahak dengan cepat, campurkan madu lebah 1 camca besar bersama perahan limau nipis serta1 camca kecil lada hitam ditumbuk halus

# Madu lebah secamca besar diminum bersama air suam

# Asam limau diperah ke dalam satu gelas air suam.

# Halba 1 camca besar direndam dalam satu gelas air suam. Dicampurkan perahan 5 cm halia dan  1 camca besar madu , diminum 2 kali sehari.

# 2 camca besar cuka apple bersama 1 gelas air suam

# 1 cawan kopi 'o' panas, boleh insyaalah melegakan Asma serta merta

# Walaupun sukar, lakukan senaman ringkas : Genggam kedua- dua tapak tangan dan letakkan dihadapan dada anda.
   Gerakkan ke tepi seolah-olah anda menarik spring. Pada masa sama anda menarik nafas sedalam
   mungkin.  Lepaskan dan hembuskan nafas anda. Cuba beberapa kali..